Isnin, 11 November 2013

Dutch bread bun

Himpunan Resepi Bonda... Sunday, 14 July 2013 Dutch Bread Bun...

Bahan-bahan untuk Roti

2 1/2 sudu teh yis
1/4 cawan air suam
1 cawan susu suam 1 sudu besar gula 2 sudu teh minyak sayuran
1 1/2 sudu teh garam
3 - 3 1/2 cawan tepung high protein

Cara-cara :
Dalam bekas yg agak besar, masukkan air suam dan susu, yis dan gula. Kacau dan biarkan sebentar 5 minit hingga yis kelihatan berbuih. Masukkan minyak, 3 cawan tepung dahulu dan garam.
Kacau dan uli kan doh. Kalau masih lembik dan melekat2, tambahkan tepung lagi sedikit. Saya menggunakan 3 1/4 cawan tepung. Uli dalam 5 minit lagi dan biarkan rehat selama 1 jam hingga adunan naik 2 kali ganda. Selepas 1 jam, tumbukkan doh dan keluarkan angin. Bahagikan kepada 6 atau 8 bahagian. Ulikan sebentar dan bentukkan bulat.
Letakkan dalam loyang pembakar yg dilapik dgn parchment paper. Biarkan rehat lagi 15 minit.

Sementara itu, kita sediakan bahan untuk Topping. Oven dipanaskan dgn suhu 170 C.
Untuk Topping
1 sudu yis
1/2 cawan air suam
1 sudu besar gula
1 sudu besar minyak sayuran
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan tepung beras Air + yis + gula dan dibiarkan sebentar hingga yis kelihatan berbuih. +minyak, + tepung, dan garam. Selepas doh direhat 10 minit Ambil adunan utk topping dan disapu dibhgn atas dan tepi secara keseluruhan roti yg dibulat2 kan tadi. Terus dibakar dalam oven selama 35 - 45 minit... Resepi Bonda at 22:42 Share

Tiada ulasan:

Catat Ulasan