Bersama saya untuk mengetahui teknologi terkini dalam masakan yang dapat menjimatkan masa, tenaga dan gas memasak. Juga saya akan kongsikan resepi-resepi masakan yang saya pernah dan akan cuba! Cookline Malaysia.
Sabtu, 30 November 2013
PIZZA
Ni resepi paling sempoi.. Senang dan sedap. Hubby and anak2 suka. Resepi nak buat doh yg senang sebb potion yg sedikit. So, kalau tak de pengacau doh pon.. Rileks je la.. Budak2 pon boleh buat ni.. Tak penat pon nak uli.. Kalau nak buat dlm quantiti yg byk, saya cadangkan stick je ngan sukatan tu tapi buat byk kali.. So tak penat nak uli.
Bahan2 utk buat doh
250g gandum
1 sudu butter or margerin
1 sudu gula
1 sudu susu tepung
1 sudu yis segera
Garam secukup rasa
1 sudu shortening
125ml air
cara
Masukkan bahan. Gaul dulu gandum, gula, garam, susu, butter dan yis. Kemudian masukkan air dan uli. Kalau anda ada oven besar, doh tu dpt buat pizza large size.. Boleh la buat sebiji besar terus.. If not, boleh bahagi kepada size yg anda suka. Kalau bahagi 4 jadi personal pizza size.. Saya bahagi dgn 4. Itu pon tak habis semua. Faiz and adik 1 pizza. Me and hubby 2 pizza. 3 pizza je dah cukup. Tutup doh dgn kain lembap dan biar 30 minit. Selepas itu boleh la leperkan doh mengikut ketebalan yg anda suka. Taburkan sedikit tepung supaya tak melekat. Kalau anda tak de pin penggelek pon tak mengapa. Bukan satu alasan. Tekan2 doh dgn hujung jari mengikut bentuk dan ketebalan yg anda suka. That how i do sebelum beli pin penggelek. Kalau suka thin crust, buat nipis2. Pasal tepi pizza, kami tak suka tepi pizza tu.. Kalau mkn kat pizza hut, tepi pizza tu potong, tak mkn. So, kami leperkan flat je.. So tak payah ada tepi pizza..
Selasa, 26 November 2013
Ahad, 24 November 2013
KELEBIHAN DAN KHASIAT KISMIS
APA ITU KISMIS ? Kismis atau bahasa saintifik adalah “Vitis Vinifera” manakala dikenali di dalam bahasa Arab ia disebut sebagai “Zabib” dan di dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai “Grape Seed / Raisin”. Kismis adalah buah anggur yang mana ia dikeringkan terlebih dahulu. Penggunaan kismis (vitis vinifera) adalah berbeza di dalam pelbagai tradisi dan budaya yang berlainan.
Ia boleh dimakan mentah ataupun digunakan dalam masakan atau pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya walaupun disimpan dalam tempoh yang lama.
ii) KANDUNGAN KISMIS
Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana 50% adalah fruktosa dan 50% adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidan berbanding buah prune dan aprikot. Oleh itu, kismis adalah lebih baik berbanding buah prune dan aprikot. Kismis juga boleh digunakan sebagai sumber diet ia adalah untuk mendapatkan asid lemak dan tokoferol sebagai antioksidan. Ini membuktikan bahawa kismis mempunyai isi kandung yang sangat berfaedah untuk digunakan dalam badan kita.
iii) KELEBIHAN KISMIS
Kismis adalah satu “manisan” asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini. Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6. Serta zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.
” “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian.”
Antara kelebihan kismis yang dikenalpasti:
a) Membantu meningkatkan memori dan hafalan
b) Memperbaiki sirkulasi bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam dan kabur pandangan
c) Melawaskan pembuangan air besar
d) Melindungi hati
e) Memperbaiki ton dan keanjalan kulit
f) Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.
g) Membantu sebagai penerang hati h) Membantu menguatkan hafalan
i) Membantu menajamkan mata dan minda
j) Membantu memulihkan keletihan saraf
k) Membantu menguatkan daya ingatan
l) Membantu mengurangkan stress m) Membantu merawat penyakit histeria
n) Membantu merawat penyakit gementar
o) Membantu merawat penyakit anemia
p) Membantu merawat masalah sembelit
q) Membantu merawat masalah pelupa
r) Menambah fahaman serta minat belajar
s) Membantu merawat masalah anak hyperaktif dan sebagainya. INSYA’ALLAH.
KEK MANGO
Bahan-bahan
200gbutter/minyak jagung (dibiarkn dlm suhu bilik)
200g gula halus
240g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
4 biji telur (suhu bilik)
300g mango (potong dadu)
Cara-cara:
Jika menggunakan periuk COOKLINE.
1. Gunakan periuk B.
2. Cairkan butter. Masukkan tepung gula telor. Kacau sampai rata.
3. Masukkan mango kacau rata.
4. Terus jerang atas dapor dgn api sederhana kecil. Masak 30-40min.
JIKA GUNA OVEN
1.pukul butter sampai kembang. Masukkn gula dan pukul lagi sampai jd seakan putih.
2. dlm mangkuk lain, pukul telur sekejap(mcm nk buat telur dadar). Masukkn dlm (1) sedikit demi sedikit sambil dipukul. dgn menggunakn senduk kayu,
3.masukkn bhn yg diayak dan kacau sambil rata. masukkn mango dan gaul sampai semua bhn sebati. lapik bekas bakar dgn kertas minyak. Masukkn adunan.
4. bakar dlm oven yg telah dipanaskn terlebih dahulu pd suhu 170C selama 40 minit. Cucuk dgn lidi utk pastikn kek benar2 masak. © Copyright 2010 MYRESIPI.COM,
KEK COKLAT EPAL PECAN
Kek Coklat Epal Pecan
Bahan-Bahan:
1 cawan tepung naik sendiri
Atau
1 cawan tepung +1 st baking powder
½ cawan gula kastor
2 sudu besar serbuk koko
2 biji telur (dipukul)
½ cawan minyak masak
2 biji epal (buang kulit dan parut) 1/3 cawan kacang pecan
Cara:
1.Dengan menggunakan periuk Cookline C masukkan semua ramuan kedalam periuk.
2.Kacau hingga sebati.
3. Sudah sedia untuk dijerang.
4. Gunakan api sederana kecil selama 30-35minit.
5. Setelah masak biarkan 10 minit. Apabila sejuk ayakkan gula aising sebelum dihidangkan.
KEK COKLAT EPAL PECAN
Kek Coklat Epal Pecan
Bahan-Bahan:
1 cawan tepung naik sendiri
Atau
1 cawan tepung +1 st baking powder
½ cawan gula kastor
2 sudu besar serbuk koko
2 biji telur (dipukul)
½ cawan minyak masak
2 biji epal (buang kulit dan parut) 1/3 cawan kacang pecan
Cara:
1.Dengan menggunakan periuk Cookline C masukkan semua ramuan kedalam periuk.
2.Kacau hingga sebati.
3. Sudah sedia untuk dijerang.
4. Gunakan api sederana kecil selama 30-35minit.
5. Setelah masak biarkan 10 minit. Apabila sejuk ayakkan gula aising sebelum dihidangkan.