Isnin, 11 November 2013

Nasi daging

Himpunan Resepi Bonda...
Sunday, 31 March 2013

Nasi Daging
Bahan-bahan :
4 cawan beras basmathi
5 1/2 cawan air
2 sudu minyak sapi + 2 sudu minyak masak
4 ulas bawang putih +
1 biji bawang besar +
2 in halia dimesin halus
300 gm daging dipotong nipis dan kecil
3 sudu rempah kurma
rempah penumis 4 sekawan

Cara-caranya :
1.Tumiskan rempah penumis dan + bahan mesin hingga naik bau dan garing.
2.+ rempah kurma. + daging dan dikacau sebentar. + sedikit air.
3. Renehkan dgn api kecil selama 45 minit.
4.Selepas daging empuk, + air dan dimasak seperti biasa dgn rice cooker. Bila air dah mendidih, masukkan beras dan garam. Nasi ini sedap di makan dgn air asam....

Bahan-bahan air asam :

Cili padi,
cili besar,
cili hijau,
belacan,
bawang putih yg dibakar sebentar,
asam jawa,
limau kasturi,
bawang besar,
2 biji tomato.

Cara:
Cili padi + cili besar + cili hijau + belacan + bwg putih + asam jawa + 1 biji tomato dimesin dgn sedikit air, garam dan gula. Bawang besar dan tomato dicincang atau hiris halus. + dgn bahan mesin. Perahkan asam limau. Sesuaikan rasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan