Jumaat, 15 November 2013

NASI CARROT

NASI CARROT 4 cawan beras basmathi 5 cawan air - @ 3 cawan stok + 2 cawan air - tak perlu kiub ayam 3 bj cili hijau - tumbuk kasar 1 sb serbuk jintan manis 1/4 cawan minyak sapi 1/4 cawan margerin 1 btg carrot - parut 2 bj tomato - dadu 1 bj bawang besar - dadu 3 ulas bawang putih - tumbuk 1 in halia - tumbuk Rempah 4 sekawan 1 sb garam 2 sb gula 1 kiub ayam 2 helai d/ pandan 1 genggam d/ ketumbar 1 genggam d/ pudina Bahan tabur - bawang goreng gajus goreng kismis Cara penyediaannya - Tumis rempah 4 sekawan + d/pandan hingga wangi Masukkan bawang dadu dan pes bawang putih + halia - tumis hingga garing Masukkan tomato + serbuk jintan + lada hijau - kacau hingga wangi Tambah air stok dalam periuk - masak hingga mendidih + d/ ketumbar, d/ pudina, perakan dengan garam ,gula. Masukkan beras + carrot. Alihkan periuk ke rice cooker, masak hingga nasi kering. Masukkan bahan tabur, gemburkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan