Selasa, 5 November 2013

PAU GORENG INTI KACANG MERAH

Bahan:

1kg tepung gandum
100g gula pasir
3 cawan air suam
40g baking powder ( jika double action 2 sudu besar)
50g shortening
10g bread softener (pelembut roti)
10g yis ( jika 1 paket mauripan 11g boleh masuk semua )
* sedikit - hujung sudu pemutih pau jika nak letak boleh dan tak letak pun boleh juga.......

cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam mesin penguli dan uli selama 8-10 minit untuk menjadikan doh lembut dan tidak melekat ditangan.
2. Keluarkan doh dan timbang doh 20g setiap satu
3. Untuk inti kacang merah timbang 5 g setiap satu.
4. Masukkan inti kacang dan bulatkan kembali.
5. Rehatkan selama 30 minit , sebelum digoreng tekan sedikit bagi mendapatkan bentuk pau yang agak leper.
6. Goreng sehingga kekuning-kuningan , angkat dan toskan.
7. Jika untuk disejukbeku, goreng sebentar dan angkat kemudian sejukkan sebelum disimpan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan