Bersama saya untuk mengetahui teknologi terkini dalam masakan yang dapat menjimatkan masa, tenaga dan gas memasak. Juga saya akan kongsikan resepi-resepi masakan yang saya pernah dan akan cuba! Cookline Malaysia.
Selasa, 5 November 2013
APA ITU KUZI
APA ITU KUZI?
Kuzi adalah sejenis hidangan eksotik yang berasal dari Kelantan dan biasanya dimasak bersama ayam, kambing dan lembu dan dimakan bersama roti, roti jala atau nasi briyani/minyak. Kuzi sering dihidangkan di majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan (khusus untuk makan adab bagi pengantin) juga sebagai hidangan spesial semasa Hari Raya atau majlis-majlis keraian tertentu bagi mereka yang tahu menyediakannya. Lazimnya bila ada Kuzi majlis akan menjadi Gah!
Bukan semua orang pernah berpeluang merasai keenakan Kuzi ini kerana ia sukar didapati dan jarang dipromosikan, tidak seperti makanan Kelantan yang lain seperti Tomyam, Nasi Kukus, Kerabu atau Berlauk. Resepinya adalah amat unik dan penyediaannya juga sedikit rumit. Bagi mereka yang pernah merasainya pasti akan terliur tatkala disebut mengenai hidangan eksotik ini.
ASAL KUZI
Adalah tidak dapat dipastikan asal resepi ini tapi ramai yang mengaitkannya dengan Timur Tengah (Negara Arab) kerana terdapat penggunaan bahan seperti Saffron (orae Kelate kata Zakpare) yang popular digunakan dalam masakan mereka. Tidak hairan juga kalau ada yang mengaitkan Kuzi ini sebagai makanan di raja kerana asalnya dari Istana dan menjadi hidangan bagi pembesar ketika itu. Logiknya pembesar di zaman tersebut sering berinteraksi terus dengan pedagang dari Arab dan resepi tersebut mungkin diturunkan kepada mereka melalui pedagang-pedagang ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan