Bersama saya untuk mengetahui teknologi terkini dalam masakan yang dapat menjimatkan masa, tenaga dan gas memasak. Juga saya akan kongsikan resepi-resepi masakan yang saya pernah dan akan cuba! Cookline Malaysia.
Khamis, 14 November 2013
NASI HANITH
NASI HANITH
NASI HANITH
sumber : Lydia Honey
2 cawan beras basmathi - cuci, rendam + 2 sb garam - 30 minit, toskan
3 cawan air
pewarna kuning telur
pewarna merah
1 kiub pati daging
rempah 4 sekawan
1 st serbuk jintan
1/3 st jintan kasar - tumbuk
1/3 st Arabic Mixed spices
3 sb minyak masak
2 sb minyak sapi
1/2 st air mawar
Cara penyediaannya -
Panaskan minyak + rempah - masak hingga wangi
Masukkan beras - goreng sekejap + air panas ( api besar ) - masak hingga mendidih
Masukkan pewarna - kacau, alihkan ke rice cooker. Masak hingga nasi kering
Masukkan pewarna + air mawar - tuang dalam nasi, tutup periuk.
DAGING / KAMBING HANITH
2 sb serbuk jintan
1/2 st serbuk kunyit
1 st serbuk ketumbar
1 st Arabic Mixed Spices
garam
2 sb air stok
2 sb minyak masak
aluminium foil - lipat 2/3 tebal
~ gaulkan rempah + daging rebus tadi + minyak , tutup dengan foil rapat-rapat ( kelim / lipat ) - bakar sekejap.
SUP - HANITH
750g daging tanpa tulang - rebus hingga empuk, asingkan daging
2 helai bay leaf
1 in halia - ketuk
1 bj bawang besar - belah 4
2 ulas bawang putih - ketuk
1 bj tomato - buang kulit, dadu
rempah 4 sekawan
1/2 st serbuk jintan
1/2 st serbuk ketumbar
1/2 st serbuk lada hitam
air secukupnya untuk rebus daging
garam
~ tumis rempah hingga wangi, masak seperti biasa. Hidangkan dengan bawang goreng + d/ sup, d/ bawang.
ARABIC MIXED SPICE
2 sb serbuk lada hitam
2 sb serbuk paprika
2 sb serbuk jintan
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk cengkih
1 st serbuk pala
1 st serbuk kayu manis
1/2 st serbuk pelaga
MARAQ
1 bj bawang besar - dadu
2 ulas bawang putih - cincang
100ml pes tomato
1/3 st Arabic Mixed Spice
1/4 st serbuk jintan
secubit serbuk pelaga
1 - 2 sb minyak masak
air secukupnya
1 kiub pati daging
d/ ketumbar - potong kasar
kentang - dadu
carrot - dadu
terung - dadu
bendi - dadu
buncis - dadu
garam
Cara penyediaannya -
Tumis bawang hingga wangi + pes tomato + mixed spice + pelaga + serbuk jintan - masak hingga wangi + air + sayuran - masak hingga empuk
Masukkan garam + kiub pati daging - reneh selama 5 minit. Hidangkan dengan d/ ketumbar.
TOMATO SALSA
1 bj tomato - buang kulit
1 bj bawang besar
1 ulas bawang putih
1 bj capsicum/ cili hijau / cili padi
jus lemon
garam
~ kisar semua bahan, sejukkan.
TIPS STEP MEMASAK
1. rebus daging / sup
2 .masak nasi + stok daging rebus tadi
3. maraq
4. salsa
5. bakar daging
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan